Assalamualaikum semua..
Sapa kata post saya kali ni tak ada kaitan dengan COACH, MK ect? Ada ye... kejap lg saya huraikan
Ini poster cover dia ye.
Dibintragi oleh Lady Gaga. Terbit tahun 2021
Jom kita cerita sikit ye. Saya dah tengok cerita ni. Jadi kalau ada yg nak tengok..pandai2 la cari ye.
Ini based kepada Kisah Benar tentang Asal Usul Produk GUCCI. Saya ringkaskan di sini ye.
Ini mengisahkan bagaimana Empayar perniagaan jenama GUCCI yang kini tiada 1% pun sahamnya dimiliki oleh ahli keluarga GUCCI.
GUCCI adalah nama sebuah keluarga di Perancis yang menjalan perniagaan beg2 mahal yg diberi nama sebagai GUCCI juga. Saya tak nak la cerita macam mana flow sebuah empayar besar GUCCI ini boleh jatuh teruk..ini adalah hal keluarga. Tapi di dalam cerita ini ada satu part di mana menantu keluarga Gucci telah melihat bahawa orang gajinya telah memakai satu beg jenama Gucci yg hampir sama dengan yang dia pakai. Yang dia pakai harga ribuan Franc, bagaimana orang gajinya mampu membeli beg mewah sepertinya. Dia membelek2 beg tersebut, buatannya bagus. Orang gajinya memberitahu bahawa suaminya beli sempena hari ulangtahun (kelahiran atau perkahwinan saya lupa pulak..maaf ye). Dan suaminya membeli di tepi jalan di kedai2 biasa sahaja.
Menantu keluarga Gucci tak berpuas hati lalu mencari kedai yang dimaksudkan. Memang dia terperanjat. Banyak beg2 Gucci dijual dengan harga puluhan Franc sahaja. Dia sangat marah dan berhasrat untuk melakukan sesuatu agar produk Gucci tidak dicetak rompak. Dia pun memberitahu kepada Pakcik suaminya, orang yang menjalankan perniagaan keluarga itu.
Pakcik suaminya hanya ketawa sahaja. Dia memberitahu, itu pun memang produk Gucci tetapi telah direndahkan sedikit kualitinya bagi memenuhi pasaran golongan pertengahan.
Barangan Butik Gucci dibuat dari kulit lembu ternakan keluarga itu sendiri di mana makanan dan penjagaannya sangat2 rapi bagi mendapatkan mutu kulit yang sangat baik. Itu sebab kos pembuatan beg Butik Gucci sangat2 mahal. Tetapi berapa ramaikah pelanggan yang sanggup beli beg tersebut jika berterusan mereka menjual dengan harag Butik? Sedangkan kilang perlu beroperasi, pekerja perlu dibayar gaji. Untuk itu, setelah beberapa bulan model dari Butik keluar, mereka membuat model beg2 tersebut dengan kulit2 lembu yang dibeli dari penduduk tempatan dengan harga yang jauh lebih murah. Mereka pun tahu, ramai golongan pertengahan yang mahukan beg2 mewah Gucci, maka mereka produce beg Gucci dengan kualiti rendah dengan harga yang rendah juga. Akan tetapi, mereka ada meletakkan satu trade mark yang menunjukkan beg tersebut keluaran butik atau keluaran biasa yg sekarang di panggil Outlet. Selainnya, produk itu masih sama cantik, sama menarik..tak ada beza yg ketara.
Itu je yang saya nak bagitau...sebab ada seller kat luar sana masih mengatakan Tak Ada Factory Outlet kualiti...sedangkan kat US sana melambak tulis kat luar kedai dia FACTORY OUTLET. Tanya je En. Google...akan ada je jawapannya.
Bagi sesiapa yang berminat nak cari barangan jenama COACH, MK, MJ, TB..boleh je lawat medium kami
atau boleh wasap kami di
dropship2 saya