Assalamualaikum & salam sejahtera semua.
Entry kali ni saya nak compare depan mata, side by side, same model of Coach Town Bucket. Yang Original dan yang Copy Ori Gred tinggi ye.
Cuba teka, yang mana satu FAKE yang mana satu ORIGINAL?
OK. Saya tak nak buang masa. Gambar di atas, sebelah kiri adalah Town Bucket FAKE dan sebelah kanan adalah Town Bucket Original dari Misz Missa Collection sendiri.
Sebelum saya huraikan satu per satu, boleh tonton rakaman video ni untuk lebih jelas ye. Saya dah bahagikan kepada 6 slot sebab terlalu besar.
Vol 1
Vol 2
Vol 3
Vol 4
Vol 5
Vol 6
Clear dah kan? Sekarang ni banyak sangat barang GRED atau COPY ORI berada di pasaran di mana kualitinya 90% sampir sama dengan yang original. Contoh Town Bucket ni antara yang paling ketara. Kalau dulu warna dia berbeza, sekarang warna dia dah 95% hampir sama. Kalau sekali pandang memang kita tak dapat detect yang beg tu sebenarnya copy ori. Saya tak kisah kalau pembeli memang tau barang tersebut adalah copy ori, tapi yang saya kisahkan bila penjual claim barang tersebut original hakikatnya dia adalah FAKE.
Beza Ori dengan Copy Ori
Beza tali
Tali sebelah kiri adalah dari Copy Ori dan sebelah kanan adalah original.
Ketara dari segi teksture kulit dia serta workmanship sambungan dia.
Buckle pun sama. Berbeza bentuk dan warna.
Pada saya warna tidak melambangkan ke'originaliti'an produk sebab ada model COACH yang buckle dia memang jenis shining.
Tetapi rekabentuk memamg tak boleh nak tipu lah. Buckle original COACH tak akan ada perkataan COACH pada batang dia, dia hanya ada perkataan COACH pada butang penarik dia sahaja. Boleh je check mana-mana model, anda akan nampak hanya di butang penarik buckle sahaja yang ada perkataan COACH. Dari segi panjang pendek buckle tu, based pada design beg ye. Ada ori beg memang design buckle dia panjang tpi untuk Town Bucket ni dia memang pendek.
BEZA ZIP
Zip sebelah atas adalah yang original dan disebelah bawah adalah yang Fake.
Kita tak boleh nak comparekan berdasarkan warna shining dengan mat sebab lain model lain warna zip dia ye. Cuma saya nak tekankan di sini yang fake pun workmanship logo pada zip dah improve sangat-sangat. Kalu dulu tulisan dia sedikit kembang tapi kali ni dan cantik.
Nampak ke? Kena belek dekat sikit atau besarkan gambar ni. Yg Fake (sebelah bawah) dia tak dapat nak ukir YKK kat tengah zip tu. Beg COACH kecik mana sekali pun zip tetap ada logo YKK kat tengah-tengah tu.
BEZA RING DAN BUTANG MAGNET
Cam yang saya katakan, warna kita tak boleh jadikan ukuran ye. Yang boleh adalah perkataan COACH pada ring tersebut. Yang original dia tulis kecik-kecik je, yang FAKE dia tulis besar-besar bagi orang nampak. Yang atas tu original yang bawah tu FAKE.
Butang magnet COACH adalah dari COMAG kalau zip tadi dari YKK. Kalau butang untuk wallet pun dia ada tulis COACH kat situ, yang tak ori memang tak ada. Leceh kot nak ukir kat situ. So, butang magnet yang tak ori memang nombor pelik-peliklah ye.
Ini gambar butang wallet Coach yang original. Saya minta maaflah, sebab tak ada wallet yang tak ori nak dibandingkan.
PATCH
Nampak tak beza dia? Ketara kan? Kalu dulu-dulu dia cuma akan letak perkataan COACH sahaja tetapi kali ni ada patch yang sama, mungkin ayat yang sama juga cuma tak nampak, tak boleh di baca langsung. Seatu saya di sebelah bawah patch yang FAKE tu (bawah) dia ada juga kod no, tapi bukan kod no beg Town Bucket tu yang hujung tu 91512, no kod dia sendiri.
KESIMPULANNYA
Produk FAKE kini sudah improve banyak. Jadi kita kena pandai bandingkan bahagian mana yang ori yang boleh kita tengok. DAN TOLONG JANGAN SESEKALI BANDINGKAN BEG MODEL LAIN DENGAN BEG MODEL YANG LAIN. Sebab hasilnya, yang orginal pun nanti korang akan nampak cam FAKE..
Benda simple, satu beg yang dikeluarkan ada banyak batch pengeluaran. Logo yang mereka tampal kat beg pun ada kilang lain yang buat dan mungkin ada 2-3 kilang berbeza yang buat. Jadi tak mustahil, logo setiap beg tu tak sama rupa. Tali beg yang dikeluarkan pun mungkin ada 2-3 kilang yang buat, jadi kekemasan pun mungkin berbeza. Dari segi jahitan pun, manusia yang jahit, ada yang mahir, ada yang tidak mahir, jadi ada yang cantik jahitannya, ada yang kurang cantik. Itu semua normal ye. Jangan pulak kata dapat jahitan dalam dia tak kemas, terus label kata FAKE. Pastikan kod no dan ciri-ciri COACH itu ada dalam produk anda.
JADI tak perlulah korang was-was produk COACH dari MISZ MISSA COLLECTION. Kami jual murah sebab kami tak ada overhead cost. Kami tak upah pekerja kedai dan sebagainya. Kami ambil untung tak banyak tetapi masih boleh memberi komisen pada dropship-dropship.
JIKA BERMINAT NAK BELI YANG PRE-ORDER BOLEH TENGOK DI SINI 👇
atau boleh wasap kami di
ADA YANG NAK READY STOCK? boleh tengok di sini 👇. Yang mana ada dalam Katalog, memang ada lagi ye.
SAMPAI KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN ENTRY. HARAP ENTRY INI MEMBERI MANAFAAT PADA SEMUA.
No comments:
Post a Comment