Wednesday, March 31, 2021

BAGAIMANA MENGENAL ORIGINALITY PRODUCT COACH

 Assalamualaikum semua.

Lama menyepi ye. Maaf sibuk sikit.

Hari ini saya nak cerita tentang ORIGINALITY atau betul ke tidak barang ni ORIGINAL?

Saya banyak baca di FB di blog dan web site . Ramai yang kata semua barang COACH yang ORIGINAL tak ada :

1. Dust bag

2. Paper bag

3. Authenticity card

4. Tax gift receipt

5. Tag harga


Saya dah lama membeli barangan kulit ni dari zaman 80-an lagi. Masa tu tak ada internet, jadi jualan dari kedai dan melalui katalog oleh agent2 kecil yang mencari hasil tepi.

Saya dah lama perhatikan, contohnya saya beli handbag jenama ALFIO RALDO, ALAIN DELON di kedai atau sekarang dipanggil BUTIK, saya hanya akan dapat bag yang dibungkus dengan plastik bag berlogo kedai yang saya beli. Memang tak ada dust bag, paper bag bagai. Tetapi kalau saya beli melalui KATALOG oleh agent2 kecil ni. Bag yang saya dapat lengkap dengan dust bag, paper bag & kad warranty.

ADAKAH BAG YANG SAYA BELI MELALUI KATALOG ITU TAK ORIGINAL? Resit pun tak ada tak macam kedai?

Jawapannya : ORIGINAL

Bila kita beli melalui KATALOG atau sekarang ni secara MAYA (on-line) bermakna BARANG TAK ADA DI TANGAN. Barang tersebut datang dari KILANG atau FACTORY OUTLET dan kilang biasanya akan menyediakan segala accessory dengan lengkap iaitu dust bag dan paper bag. Itu sebab, semua accessory tersebut ada setiap kali beli melalui katalog atau on-line.

Beli dari kedai atau butik mereka utamakan promosi kedai. Biasanya mereka akan masukkan dalam beg nama kedai mereka. Jarang mereka gunakan beg dari jenama beg tangan tersebut. Tapi ada juga yang guna paper bag jenama handbag tersebut. Kilang memang ada bagi mereka dust bag, paper bag, warranty card dan sebagainya, tetapi ada banyak yang mungkin tak cukup, tak sama banyak dengan bag stok mereka. Kalau ada dalam stock dan saiz yang sama, mereka akan bagi, kalau tak cukup mereka akan guna beg mereka sendiri. Ini adalah NORMAL. Paper bag, dust bag ini tidak menggambarkan originality sesuatu produk. Ia hanyalah satu LAMBANG sahaja. 

Barangan kulit memang biasanya akan datang dengan DUST BAG. Tujuan dust bag ni untuk penjagaan rapi beg kulit yang biasanya mahal harganya. Tak kan kita nak main campak dalam almari tanpa dibungkus, betul tak? 

Kalau zaman 80-an dulu dust bag ini diperbuat dari kain kuning atau kain yang orang buat kiwi kasut tu. Kenapa dipanggil 'kain kuning', sebab biasanya dijual dengan warna tersebut, jarang ada warna lain.

Ini gambar kain kuning tu.

 Sekarang ini kebanyakan dust bag dari kain 'non-woven' dan dari kain satin. 

Untuk COACH, kalau di UK dust bagnya dari jenin 'non-woven' berwarna coklat muda.
Kalau beli dari on-line, dust bagnya dari kain satin.
Tapi kalau beli dari kedai @ butik, biasanya tak ada dust bag.

Ok, sekarang saya nak cerita pasal originality sesuatu produk yang kita beli secara on-line.

Setiap barang COACH yang original biasanya akan disertakan dengan :-

1. Tag harga yang mempunyai barcode. 
    Tetapi barcode ini belum diisi dengan data. Kerana bila diisi dengan data, maka ia akan dijual 
    dengan harga OUTLET bukan dengan harga PERSONAL SHOPPER yang jauh lebih murah. Kalau 
    tak ada barcode, memang sah-sah lah tak original ye.


Ini tag harga beserta barcode COACH. Itu adalah harga retail. Harga PS biasanya 60% - 80% lebih murah dari harga tersebut.



2. Tax Gift Receipt.
    Tax receipt ni diberi dengan tujuan pelepasan cukai di Kastam negara penjual. Kat resit itu ada tulis berapa persen cukai yang dikenakan terhadap produk tersebut. Ramai yang tak tahu, kalau kita beli direct di New York, kita boleh claim balik cukai tu di Air Port dengan kemukakan borang tuntutan dan resit tersebut. Ini membuktikan yang barang tersebut dibeli untuk kegunaan sendiri dan bukan dengan tujuan perniagaan. Hanya BARANG YANG ORIGINAL SAHAJA akan dikenakan cukai seperti itu. Barang yang tak ada resit seperti ini adalah  100% TAK ORIGINAL ye.

TETAPI adakalanya bila kita beli dengan banyak, resit tax dikeluarkan cuma SATU sahaja, maka TAG HARGA BER'BARCODE' menjadi aras Originality-nya.


Ini contoh TAX GIFT RECEIPT dari COACH OUTLET.


Ini contoh TAX GIFT RECEIPT dengan pembelian yang banyak.

3. WARRANTY CARD / ATHENTICITY CARD
    Kebanyakan kini memang dah tak ada gunanya kad-kad ni sebab kita tetap akan kena bayar material yang mereka gunakan cuma servis sahaja percuma.
Kalau beli secara on-line dari FACTORY OUTLET, biasanya dia akan bagi kad yang berwarna warni. Kadang-kadang bila dia tahu kita dari Malaysia dia akan bagi WARRANTY CARD beralamat di Singapura yang berwarna hitam. Saya pun tak pasti kenapa tak ada WARRANTY CARD dari OUTLET MALAYSIA. Kalau beli dari FACTORY OUTLET HONG KONG dia akan bagi WARRANTY CARD beralamat di HONG KONG yang berwarna krim.

Kad yang berwarna warni tu sebenarnya hanyalah satu lagi tanda bahawa barang itu adalah ORIGINAL / AUTHENTIC. 


Ini contoh ke3-3 kad tersebut.



4. LEATHER TAG.
    Ini satu lagi yang menunjukkan originality produk COACH. Setiap produk yang besar seperti pouch, handbag akan ada tag kulit di dalamnya. Ia memberitahu bahawa produk itu adalah original dan ada kod no untuk model beg tersebut. Untuk produk kecil, ada tag kecil yang ada no model produk tersebut.


Contoh tag kulit dalam handbag.


Ini contoh tag pada produk kecil.


Namun masih ada produk yang tak original dikatakan ada tag-tag ini. Tetapi setakat saya beli bag yang tak original, tak pula saya jumpa yang ada tag ini. 


SPOT BARANG TAK ORIGINAL

Sekarang saya nak tunjukkan barang COACH yang nyata-nyata tak original.

1. Kena selalu kaji texture, warna kulit yang ada signature CC.
    Biasanya barang tak original warna huruf CC itu lebih terang dari yang original.



Yang kiri adalah design yang tak original

2. Kena up-to-date design-design dari COACH OUTLET.
    Biasanya barang yang tak original, dia akan keluarkan design dengan warna yang tak ada dalam 
    keluaran tersebut. 

Contoh TOTE bag ini tak ada warna sebegini bagi yang original. Malah design ini juga tak ada.

Design-design COACH biasanya berulang-ulang cuma akan hadir warna-warna baru sahaja atau ada sedikit sahaja perubahan pada reka bentuk mungkin ada zip baru, besar sedikit atau kecil sedikit.

3. Kain pelapik dalamnya berlambang CC
    Beg yang tak original biasanya menggunakan pelapik dalamnya berlambang CC. Sedangkan yang 
    original plain sahaja.


Contoh dalaman yang berlambang CC. 

4. Tali beg tak original nipis.
    Yang biasa saya dapat spot ialah  tali beg tak original jauh lebih nipis dari yang original hingga boleh dilipat-lipat. (Maaf yang ni tak ada gambar)


OK..sekian sahaja entry saya pada hari ni. 

Kalau ada yang berminat nak beli produck COACH, MK, FURLA etc boleh visit


Boleh wasap saya terus 

atau boleh wasap agent-agent dropship saya

Johor - Zakiah -  www.wasap.my/60177997053
Perak - Roslina - www.wasap.my/60146372581
Sabah - Linda - www.wasap.my/60162524008





















1 comment: