Tuesday, December 22, 2020

KENAPA HARGA COACH MALAYSIA MAHAL BERBANDING US

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf lambat saya up cerita kenapa harga COACH di Malaysia ni mahal. Kurang sihat sikit.

Ok.. tak nak menceceh panjang, jom baca.


CUKAI-CUKAI MALAYSIA

Setiap barangan dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia akan dikenakan 

1. Duti Import (Sehingga 30% dari harga invoice)

 - Duti import biasanya akan dikenakan jika barangan tersebut (termasuk kos penghantaran + SST)  bernilai lebih RM500.00

2. Cukai Jualan (5% - 10% dari harga jualan)

    Ini adalah cukai jualan yang biasa dikenakan terhadap barangan yang di beli dari luar negara.

    5% SST

    - Makanan Tambahan (+15% duti import)

    - Komputer

    10% SST

    - Audio visual

    - Buku

    - Kasut

    - Beg

    - Pakaian

    - Perlatan dapur

    - Mainan

    - Peralatan rumah (+ 20% duti import)

 

3. Duti Kastam 

Ramai tak tau ye berapa banyak cukai kena bayar untuk bawa masuk berangan luar negara.  Duti Kastam tu saya tak ingat berapa % tetapi dikenakan dengan harga selepas cukai import.

Cukai Jualan tu SST yang diwartakan kerajaan. Kalau dulu-dulu SST tu ditanggung sepenuhnya oleh peniaga bukan pembeli.




KOS PENGANGKUTAN DAN PENYIMPANAN KARGO

Selain itu barang yang dibeli juga perlu dikenakan kos pengangkutan dan penyimpanan kargo sebelum pelepasan cukai oleh pihak Kastam. Barang diberi dihantar melalui kargo laut dan ditahan di gudang penyimpanan di Perlabuhan Klang biasanya dalam tempoh 3 bulan sebelum berjaya dibawa keluar untuk dicukaikan.


KOS PERLESENAN PERNIAGAAN

Kemudian, barangan ini dilesenkan di bawah COACH Malaysia di mana ia juga tertakluk pada bayaran-bayaran tertentu. Apabila setiap barang yang sudah dicukaikan tetapi belum lagi masuk ke kedai, harganya jauh lebih murah dari harga pasaran. Tetapi apabila suda masuk ke kedai iaitu selepas bar-code discan, maka ia tertakluk pada harga yang telah ditetapkan olh COACH Malaysia.


Kita boleh tengok kan, berapa banyak cukai yang dikenakan pada barangan import ni. Jadi tidak mustahil barangan kulit cari luar negara dijual dengan harga yang mahal.

Saya pernah berkenalan dengan seorang pemilik butik di ibu negara suatu masa dahulu. Dia pernah menceritakan pada saya, barang dari luar negara yang dibeli apabila dicampur dengan segala cukai dan kos terlibat, kenaikan dari harga asal sehingga 300% pun ada. Dan bila masuk ke kedai, mereka terpaksa meletakkan keuntungan 100% dari harga yang setelah cukai kerana barangan butik bukan orang beli setiap hari sedangkan mereka terpaksa menanggung kos sewa kedai, utiliti dan pekerja setiap bulan.

Ini adalah contoh mudah pengiraan harga barangan import (cara sebenar adalah berlainan ye)

                     Harga bag dari US - USD 10 atau RM43.00

          + cukai dan segala kos terlibat 300% = RM 129.00

                                                                    -----------------

                                                                        RM 172.00

           + keuntungan 100%                         = RM 172.00

                                                                     -----------------

                  HARGA JUALAN                RM 344.00   

BEZA SANGAT-SANGAT kan?  


Jadi pada para penjual barang dari US yang menjual secara on-line, mereka sebenarnya lari dari segala cukai dan kos yang terlibat cuma KOS PENGHANTARAN sahaja. Kemudian mereka up keuntungan mereka mungkin 50% atau hingga 200% dari harga belian. Jadi tak mustahil barang yang mereka jual mungkin 50% - 70% lebih murah dari harga jualan di butik atau outlet Malaysia.

Cuma, para seller jangan seronok sangat ye, kadang-kadang barang yang dipos dari luar negara pun boleh kena tahan juga oleh pihak Kastam dan dikenakan Duti Kastam. Sebab saya pernah kena sekali...

Bercerita atas pengalaman sendiri. Pada tahun 2010, saya membeli sarung lengan bercorak tattoo dari China bernilai RM2500. Sebelum ini semua belian saya terlepas dari Duti Kastam. Entah kenapa pembelian kali ke-3 tu pihak Kastam telah menahan parcel saya. Mereka minta invoice pembelian. Saya telah dikenakan Duti Kastam sebanyak RM300++. Saya diberi 2 pilihan sama ada tuntut di KLIA atau mereka pos ke tempat saya dan saya dikenakan caj pos sebanyak RM60++ lagi. Jadi saya memilih untuk mereka pos. Satu borang declaration diberikan dan persetujuan diberikan kepada saya. Maka Duti dan caj pengeposan saya bayar di Kaunter Pos Laju semasa tuntutan parcel saya. Dari nilai cuma RM2500 dah jadi dekat RM3000 kena bayar. Dan semasa parcel saya diambil..kotak tersebut telah di'seal' dengan pelekat PEMERIKSAAN KASTAM. Barang di dalamnya telah dibongkar, syukur tak tak ada yang hilang. Cuma, ia menjejaskan harga jualan sarung lengan saya. Disebabkan saya jual dengan harga murah, saya masih ada untung tapi setakat beberapa ringgit sahaja.. tak berbaloi!

So..entry saya kali ni harap semua faham ye kenapa harga butik / outlet di Malaysia ni jauh lebih mahal dari para seller yang membeli direct dari US.

Kalau nak kata para seller tu salah, ye mereka semua menjual dengan cara yang melanggar undang-undang Malaysia dan jenama barangan itu sendiri. Tapi, nak buat cam mana..itu adalah punca pendapatan. 

Sehingga bertemu lagi di lain entry.

     




No comments:

Post a Comment