Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Hari ni saya nak cerita sikit pasal kedai-kedau yang menjual barangan COACH.
Di US ada 3 jenis kedai yang menjual barangan COACH
COACH BOUTIQE
Barangan COACH di bawah butik memang tak akan appear di mana-mana web-site kerana ia amat-amatlah exlcusive di mana ia hanya boleh di dapati di dalam butik tersebut sahaja. Dan barangan tersebut amat-amat terhad dengan harga dalam lingkungan USD300-USD500 setiap satu. Hanya orang yang mampu sahaja akan berkunjung ke sini untuk menjadi pembeli pertama apabila design baru keluar.
COACH OUTLET
COACH Oulet pula kalau kita buat searching, dia akan keluar COACH FACTORY OUTLET punya gambar. Hakikatnya COACH Outlet hanya menjual barangan baru dari butik COACH dengan potongan harga tertentu SECARA ON-LINE. Dan kalau kita sempat berkunjung ke COACH Factory Outlet US, beg-beg yang dalam on-line sale tetap juga ada. Biasanya beg-beg baru ni akan dijual dengan potongan 30%-50% dan akan bertambah percentagenya jika ada event-event tertentu seperti Black Friday, Christmas Sale and Year End Sale. Ini memebri peluang orang yang ke-2 mampu untuk membeli barangan exclusive dari butik COACH. Biasanya ia dimasukkan ke COACH Outlet selepas 6 bulan berada di butik kecuali barangan tersebut mendapat sambutan ramai, maka akan lamalah duduk di dalam butik. Kita boleh tengok di www.coachoutlet.com TETAPI hanya untuk warga US sahaja ye. Kita orang Malaysia memang tak dapat nak beli direct kecuali menggunakan agent-agent tertentu kerana dia tak boleh pos ke Malaysia. Ini adalah disebabkan Malaysia ada butik sendiri dan mereka kena jaga outlet-outlet mereka yang lain.
COACH FACTORY OUTLET
Yang ini paling banyak di US.. ia juga dipanggil COACH PREMIUM OUTLET. Ini merupakan sistem penjualan yg dijanakan oleh TAPESTRY. Inc. Selepas setahun berada di butik & outlet..design2 ini mula memasuki COACH FACTORY OUTLET dengan harga yang jauh lebih murah. Biasanya dibawah USD200 setiap satu beg. Dan jika ada event-event tertentu, mereka akan bagi diskaun sehingga 80%. Kualiti barangan di sini sedikit kurang berbanding di butik & outlet tetapi masih menggunakan design yang sama malah ada yang ditambah dengan warna-warna yang lain bagi menambah pilihan pembeli.
Ada berpuluh COACH FACTORY OUTLET berada di US sehingga mereka terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan pembeli. Dan mereka menggunakan pelbagai cara untuk untuk menjual produk mereka tetapi mereka tidak boleh menjual secara on-line kecuali melantik agant-agent tertentu menjualnya secara on-line tetapi bukan dibawah nama COACH atau dikeanli sebagai PERSONAL SHOPPER. Tujuannya supaya butik & oulet tetap menjadi pilihan utama.
Di Malaysia hanya terdapat BUTIK dan PREMIUM OUTLETS sahaja tetapi harganya masih mahal kecuali pada event-event tertentu, harga di PREMIUM OUTLET akan turun sehingga 80% tertakluk pada model-model lama. Yang ini memang dari FACTORY OUTLET US sebenarnya.
Kalau mengikut web-site official COACH Malaysia Johor Premium Outlets & Genting Premium Outlets tetap berada di bawah BUTIK. Untuk pengetahuan JPO & GPO memang ada manjual baranga exlcusive butik tetapi mereka juga menjual Factory Oulet punya produk bagi yang kurang berkemampuan dengan harga bawah RM1000 setiap satu. So tunggulah bila ada SALE barangan akan jadi RM300 - RM200 satu.
So..janganlah keliru ye. Conclusionnya..
1. Barang butik tak akan ada jual di Outlet / Factory Outlet / On-line.. ia adalah exclusive
2. Selepas 6 bulan baru akan keluar di OUTLET secara on-line. Tetapi masih juga boleh didapati di mana-mana FACTORY OUTLET. Tetapi kita di luar US memang tak boleh beli secara direct, kena melalui agent.
3. Hanya selepas setahun baru produk-produk COACH tersebut dijual di Factory Outlet dengan penambahan warna dan harga yang jauh lebih murah. Dan Factory Outlet US memang tak ada jual secara on-line kecuali melalui agent-agent atau lebih dikenali sebagai PERSONAL SHOPPER.
Ok...nanti saya akan up cerita kenapa harga di Malaysia jauh lebih mahal dari US ye.
Bagi sesiapa yang nak beli baranga COACH dengan saya dengan harga mampu milik bolehlah lawati IG / FB / telegram saya seperti di bawah ye.
www.instagram.com/miszmissacollection
kalau ada yang berkenan boleh je direct wasap saya di www.wasap.my/60125227892
No comments:
Post a Comment