Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Memang lama saya tak jengah blog saya ni. Maaf saya pinta, bukan sengaja. Saya mula menjual barangan COACH sejak Nov 2019 dan saya postkan di sini sebagai sebahagian dari iklan. Saya fikir barangan COACH tidaklah banyak mana. Rupa-rupanya..ia tersangatlah banyak sehingga saya tak mampu nak postkan di sini kerana blog memerlukan masa yang banyak untuk create post berbanding iklan2 di IG, FB, Twitter, Telegram & lain2. Di sebabkan saya bekerja, jadi masa saya amat-amat terhad untuk ber'blog'.
Saya telah lalui banyak pengalaman selama setahun ni sebagai Penjual Barangan COACH Original dengan harga mampu milik. Dan saya study banyak benda bagi menjawab segala persoalan-persoalan customer yang mempertikaikan ORIGINALITY barangan saya. Jadi, para customer yang sudi baca, saya harap anda faham kenapa barangan saya ini murah dari jualan di Premium Outlet Malaysia.
SEJARAH COACH
COACH adalah jenama Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1941 oleh Mile Cahn dan isterinya. Ia membuat barangan kulit yang bermutu tinggi di bawah syarikat Coach IP Holding LLC. Syarikat ini kemudiannya telah di jual kepada Sara Lee Corporation pada tahun 1985 di mana syarikat ini mula membuka butik-butik mewah di New York dan San Fransisco. Pada tahun 2017 syarikat ini telah menukar namanya kepada TAPESTRY, INC.
Kilang asal COACH adalah di Manhattan, US tetapi apabila barangan jenama COACH mula mendapat permintaan ramai dari seluruh dunia, maka pengurusan mula mencari alternatif lain untuk mengeluarkan produk dengan lebih banyak. Maka mereka mula membuat pelaburan di Vietnam dengan membuka kilang di sana kerana boleh mendapatkan material dan kos buruh yang lebih murah. Fan kemudiannya selepas US mula mempunyai hubungan perdagangan dengan China, COACH melebarkan lagi cawangan kilangnya di China kerana kos buruh yang jauh lebih murah.
Jadi, sekiranya anda mendapat beg tangan yang di dalamnya tertulis MADE IN CHINA tidak bermakna ia tidak ORIGINAL ye. Tapi kebanyaklkannya adalah MADE IN VIETNAM.
Kilang-kilang COACH yang ada kini.
1. Vietnam
2. China
3. Filipina
4. India
Jika selain daripada itu.. adalah nyata-nyata FAKE!!
Ok..sekian dulu. Nanti saya up lagi maklumat-maklumat lain ye.
Tapi..saya memang tak iklankan lagi di sini.
Bagi sesiapa yang berminat nak beli dengan saya boleh layari
www.instagram.com/miszmissacollection
Boleh terus wasap saya di www.wasap.my/6012-5227892
Saya akan selalu up-date di sini.
No comments:
Post a Comment